Better Things are Coming...
Friday, 26 September 2014
Negara Ku 2014
I'm currently in Kompleks Rakan Muda Taiping for Bengkel Penulisan Media Kreatif ^^
I do think that this video is related to my previous post . #proudtobeMalaysian. enjoy my first video !
Thursday, 25 September 2014
What's next ?
Now, this is 'quite' blur... Hmmmmmmm
But it's okay. So, who can guess what's next ? XD
Maybe some of you get it right.
Traditional attire!
Semua kaum mempunyai pakaian tradisional tersendiri yang cantik dan unik. Begitu juga kaum Cina. Pakaian cheongsam atau baju panjang yang selesa dan anggun sering dilihat sehingga kini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lain yang lembut. Cheongsam atau dikenali oleh orang Cina sebagai Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan merupakan busana yang terkenal di seantero dunia. Beberapa motif umum terdapat pada cheongsam ialah burung, bunga dan naga.
Samfoo pula membawa maksud baju dan seluar dalam dialek Kantonis. Ramai yang menganggap samfoo sebagai pakaian tradisional lelaki keturunan Cina tetapi sebenarnya samfoo juga merupakan pakaian wanita Cina selain cheongsam. Pakaian jenis ini digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo yang dipakai oleh lelaki berketurunan Cina mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Namun, pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.
Beautiful ! I'm so in love with the traditional attire.
Salam 1 Malaysia. . .
Stay tune !
Tuesday, 23 September 2014
Ni Hao Ma ?
Ni Hao (my first post) means hello.
Now,
my second post , Ni Hao Ma? means How are you?
Our relationship seems to get to a new level...
So, let's read more about the Malaysian Chinese :)
P/S : My posts are mostly in the national language, Bahasa Malaysia ^^
Apakah adab menziarah bagi kaum Cina ?
Now,
my second post , Ni Hao Ma? means How are you?
Our relationship seems to get to a new level...
So, let's read more about the Malaysian Chinese :)
P/S : My posts are mostly in the national language, Bahasa Malaysia ^^
Apakah adab menziarah bagi kaum Cina ?
Dalam masyarakat Cina,
tetamu sebaik – baiknya duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda
penghormatan kepada tuan rumah. Kebiasaannya, mereka akan menghidangkan minuman
ringan dengan segera apabila ada orang berkunjung ke rumah mereka. Menurut
konsep kesantunan kaum Cina, tetamu dianggap santun sekiranya tidak segera
minum kecuali apabila dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Tambahan,
kunjungan ke rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan malam dianggap tidak elok
melainkan kunjungan itu dibuat atas sebab – sebab yang sangat penting dan tidak
dapat ditangguhkan. Oleh itu, masyarakat yang sudah mengetahui konsep
kesantunan masyarakat Cina ini perlu cuba mengelakkan diri daripada menziarah
pada waktu malam.
Jadi, sekarang dah tahu kan?
Do what we suppose to do when visiting them ... To show our respect, tolerance and love. <3
as 1 Malaysia
Ni Hao !
mei li = cantik
Selamat datang kepada para pembaca yang setia. (eventhough this is my first post >.< ) Entri pertama blog ini akan membincangkan tentang kaum kedua terbesar di Malaysia
iaitu...........
KAUM CINA
tak kenal maka tak cinta <3
Sejarah kaum Cina dikaitkan
dengan kebanyakan masyarakat Cina yang berasal dari China selatan, terutamanya
wilayah Fujian dan Guangdong yang telah datang ke Tanah Melayu. Pada sekitar abad
ke-18, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai buruh melalui perjanjian
bertulis dan ada juga yang datang secara bebas untuk bekerja, dan dikendalikan
oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orang Cina di Tanah Melayu mencecah 269,854
pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949. Pada tahun 2010,
orang Cina mencatatkan peningkatan seramai 7.1 juta berbanding tahun
sebelumnya.
Kini, kaum Cina membentuk 24.6 peratus daripada lebih 30 juta
penduduk Malaysia. Pelbagai
bahasa dan dialek yang digunakan dan dituturkan oleh kaum ini seperti Hokkien,
Hakka, Kantonis, Teochew, Hokchiu, Hainan, Kwongsai, Mandarin, Bahasa Inggeris
dan semestinya bahasa kebangsaan, bahasa Malaysia.
Dah exhausted baca sejarah ?
Why must we keep on going ?
It is simply because life waits for no one...
Come on, let us continue doing our good deeds that were distracted just now because of these interruptions
A LOT MORE IS COMING !!!
Bagi masyarakat Cina, keperluan asas yang utama selain pakaian, tempat
tinggal dan pergerakan ialah makan. Pepatah Cina ada menyebut bahawa “Rakyat
jelata meletakkan makanan di tempat setinggi langit“ yang jelas menunjukkan
masyarakat Cina menganggap makan itu sebagai tugasan yang wajib, penting dan
sangat tinggi kedudukannya.
Malah, terdapat satu pendapat yang menarik yang
ingin dikongsikan iaitu sekiranya anda memberikan sesuatu barangan kepada orang
Amerika, mereka akan membuka semua komponen barangan itu untuk diselidiki,
namun jika anda memberikan sesuatu kepada orang Cina, mereka akan memakannya.
Begitulah tanggapan orang lain terhadap budaya makan masyarakat Cina, namun jika
di Malaysia, apakah falsafah sebenar budaya makan orang Cina?
Pernahkah anda mendengar perkataan
Yin-Yang? Buat pengetahuan semua, falsafah Cina sangat menitikberatkan konsep
Yin-Yang. Yin bererti barangan yang pasif, sejuk dan tidak bergerak. Makanan
yang bersifat Yin ialah makanan yang menyebabkan badan kita terasa sejuk
setelah kita memakannya seperti buah-buahan, sayur-sayuran, jus buah-buahan dan
lain-lain yang biasanya mengandungi air. Makanan jenis ini lazimnya berwarna
putih seperti tauge dan tauhu.
Sebaliknya, Yang bermaksud barangan yang aktif,
panas dan bergerak. Makanan yang mempunyai sifat ini akan menyebabkan badan
terasa panas setelah kita memakannya dan makanan bersifat Yang telah
dikategorikan kepada lima jenis. Pertama, makanan yang mempunyai akar umbi
seperti ubi kayu, lobak, ubi kentang, dan keledek. Kedua, makanan pedas seperti
cili padi, halia dan bawang putih manakala jenis yang ketiga ialah makanan yang
dijemur kering seperti lobak kering, buah kering dan sebagainya. Keempat ialah
tumbuhan laut dan ikan. Jenis yang terakhir ialah, minyak tumbuhan seperti
minyak bijirin, minyak sayuran dan lain-lain.
Simbol Yin Yang
Bagi menjaga dan mengekalkan kesihatan, orang
Cina akan melebihkan makanan yang bersifat Yin dalam cuaca panas dan
sebaliknya, mereka akan makan makanan yang bersifat Yang semasa cuaca sejuk.
Orang Cina juga mempunyai pantang larang dalam pemakanan. Contohnya, wanita
baru bersalin tidak dibenarkan makan makanan yang bersifat Yin kerana
dikhuatiri akan memberi kesan sampingan seperti sakit sendi, sakit pinggang dan
sakit kaki disebabkan keadaan badan mereka yang masih sangat lemah. Amalan ini
menunjukkan bahawa konsep kesantunan masyarakat Cina ini mempunyai persamaan
dengan kaum lain seperti kaum Melayu iaitu wanita yang baru bersalin perlu
berpantang bagi menjaga kesihatan. :)
Selain itu, falsafah pemakanan Cina turut melibatkan warna dan rasa.
Pada zaman dahulu, masyarakat Cina mempercayai bahawa makanan seimbang terdiri
daripada lima warna dan lima rasa. Warna hijau, merah, kuning, putih dan hitam
merupakan lima warna tersebut manakala lima rasa yang dimaksudkan ialah masam,
manis, pahit, masin dan pedas. Setiap jenis warna makanan berkait rapat dengan
rasa, dan dapat memberi khasiat kepada organ-organ tertentu. Justeru,
berdasarkan konsep dan falsafah tersebut, sayur goreng, buah-buahan dan nasi
goreng merupakan contoh masakan yang memenuhi kelima-lima jenis warna dan rasa.
Sekiranya masakan itu tidak mempunyai kesemua rasa dan warna, masyarakat Cina
lazimnya akan mengubahsuai menu tersebut untuk memenuhi syarat makanan
seimbang.
Jom lihat contoh-contoh di bawah.
See you in the next post ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)