Tuesday, 23 September 2014

Ni Hao !

mei li = cantik

Selamat datang kepada para pembaca yang setia. (eventhough this is my first post >.< ) Entri pertama blog ini akan membincangkan tentang kaum kedua terbesar di Malaysia 


iaitu...........

KAUM CINA

tak kenal maka tak cinta  <3



              Sejarah kaum Cina dikaitkan dengan kebanyakan masyarakat Cina yang berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong yang telah datang ke Tanah Melayu. Pada sekitar abad ke-18, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai buruh melalui perjanjian bertulis dan ada juga yang datang secara bebas untuk bekerja, dan dikendalikan oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orang Cina di Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949. Pada tahun 2010, orang Cina mencatatkan peningkatan seramai 7.1 juta berbanding tahun sebelumnya. 



Kini, kaum Cina membentuk 24.6 peratus daripada lebih 30 juta penduduk Malaysia. Pelbagai bahasa dan dialek yang digunakan dan dituturkan oleh kaum ini seperti Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew, Hokchiu, Hainan, Kwongsai, Mandarin, Bahasa Inggeris dan semestinya bahasa kebangsaan, bahasa Malaysia.

Dah exhausted baca sejarah ?


Why must we keep on going ?

It is simply because life waits for no one... 



Come on, let us continue doing our good deeds that were distracted just now because of these interruptions 

A LOT MORE IS COMING !!!

            Bagi masyarakat Cina, keperluan asas yang utama selain pakaian, tempat tinggal dan pergerakan ialah makan. Pepatah Cina ada menyebut bahawa “Rakyat jelata meletakkan makanan di tempat setinggi langit“ yang jelas menunjukkan masyarakat Cina menganggap makan itu sebagai tugasan yang wajib, penting dan sangat tinggi kedudukannya.

            Malah, terdapat satu pendapat yang menarik yang ingin dikongsikan iaitu sekiranya anda memberikan sesuatu barangan kepada orang Amerika, mereka akan membuka semua komponen barangan itu untuk diselidiki, namun jika anda memberikan sesuatu kepada orang Cina, mereka akan memakannya. 


Begitulah tanggapan orang lain terhadap budaya makan masyarakat Cina, namun jika di Malaysia, apakah falsafah sebenar budaya makan orang Cina?

       Pernahkah anda mendengar perkataan Yin-Yang? Buat pengetahuan semua, falsafah Cina sangat menitikberatkan konsep Yin-Yang. Yin bererti barangan yang pasif, sejuk dan tidak bergerak. Makanan yang bersifat Yin ialah makanan yang menyebabkan badan kita terasa sejuk setelah kita memakannya seperti buah-buahan, sayur-sayuran, jus buah-buahan dan lain-lain yang biasanya mengandungi air. Makanan jenis ini lazimnya berwarna putih seperti tauge dan tauhu. 

       Sebaliknya, Yang bermaksud barangan yang aktif, panas dan bergerak. Makanan yang mempunyai sifat ini akan menyebabkan badan terasa panas setelah kita memakannya dan makanan bersifat Yang telah dikategorikan kepada lima jenis. Pertama, makanan yang mempunyai akar umbi seperti ubi kayu, lobak, ubi kentang, dan keledek. Kedua, makanan pedas seperti cili padi, halia dan bawang putih manakala jenis yang ketiga ialah makanan yang dijemur kering seperti lobak kering, buah kering dan sebagainya. Keempat ialah tumbuhan laut dan ikan. Jenis yang terakhir ialah, minyak tumbuhan seperti minyak bijirin, minyak sayuran dan lain-lain.

Simbol Yin Yang

                  Bagi menjaga dan mengekalkan kesihatan, orang Cina akan melebihkan makanan yang bersifat Yin dalam cuaca panas dan sebaliknya, mereka akan makan makanan yang bersifat Yang semasa cuaca sejuk. Orang Cina juga mempunyai pantang larang dalam pemakanan. Contohnya, wanita baru bersalin tidak dibenarkan makan makanan yang bersifat Yin kerana dikhuatiri akan memberi kesan sampingan seperti sakit sendi, sakit pinggang dan sakit kaki disebabkan keadaan badan mereka yang masih sangat lemah. Amalan ini menunjukkan bahawa konsep kesantunan masyarakat Cina ini mempunyai persamaan dengan kaum lain seperti kaum Melayu iaitu wanita yang baru bersalin perlu berpantang bagi menjaga kesihatan. :)

Selain itu, falsafah pemakanan Cina turut melibatkan warna dan rasa. Pada zaman dahulu, masyarakat Cina mempercayai bahawa makanan seimbang terdiri daripada lima warna dan lima rasa. Warna hijau, merah, kuning, putih dan hitam merupakan lima warna tersebut manakala lima rasa yang dimaksudkan ialah masam, manis, pahit, masin dan pedas. Setiap jenis warna makanan berkait rapat dengan rasa, dan dapat memberi khasiat kepada organ-organ tertentu. Justeru, berdasarkan konsep dan falsafah tersebut, sayur goreng, buah-buahan dan nasi goreng merupakan contoh masakan yang memenuhi kelima-lima jenis warna dan rasa. Sekiranya masakan itu tidak mempunyai kesemua rasa dan warna, masyarakat Cina lazimnya akan mengubahsuai menu tersebut untuk memenuhi syarat makanan seimbang.



Jom lihat contoh-contoh di bawah.





See you in the next post ;)

















2 comments:

  1. Wah,satu inisiatif yang kreatif.Memberi kata - kata semangat kepada pembaca agar meneruskan bacaan.Terbaik!

    ReplyDelete
  2. O_O Sijarah!! Setuju dengan Ana...

    ReplyDelete